Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ham] | الهام

Definisi : Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[il.ham] | الهام

Definisi : 1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik. 2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELKIRK, ALEXANDER

Selkirk, Alexander (1676–1721) ialah orang

Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang

sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham

kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson

Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun

1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah

bertengkar dengan kapten kapal. Atas

permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah

sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640

kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal

seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga

Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten

itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A

Cruising Voyage Around the World . Kapten

Edward Cooke pula memerikannya dalam A

Voyage to the South Seas dan Round the World .

Selkirk lahir di Largo, Fifeshire.

Lihat juga Juan Fernandez.

UMUM 
RAMA-RAMA

Rama-rama merupakan salah satu serangga

yang paling cantik. Manusia terpesona dengan

sayap rama-rama yang berwarna-warni, halus, dan

cantik. Kecantikan dan gaya lemah-gemalai rama-rama

memberi ilham kepada pelukis dan penyair.

UMUM 
PUSHKIN, ALEXANDER

Pushkin, Alexander (1799–1837), dianggap

penyair Rusia yang teragung. Pushkin lebih

dikenali kerana puisi naratifnya yang panjang. Dia

juga menulis banyak puisi lirik pendek yang indah,

drama berpuisi, dan cerpen prosa. Beberapa buah

hasil karyanya menjadi ilham kepada beberapa

orang penggubah Rusia yang teragung dalam

menghasilkan balet dan opera.

UMUM 
SCHILLER, JOHANN CHRISTOPH FRIEDRICH VON

Schiller, Johann Christoph Friedrich von

(1759–1805), tokoh kesusasteraan Jerman yang

kedua terkemuka selepas Goethe, dan merupakan

penulis drama terunggul Jerman. Schiller

merupakan mahaguru konstruksi drama dan

pelakonan watak. Ia menonjolkan kebebasan dan

maruah manusia. Drama-dramanya memberi

ilham kepada golongan liberal Jerman dalam

perjuangan mereka untuk mendapatkan

kebebasan pada awal tahun 1800-an dan semasa

Revolusi tahun 1848.

UMUM 
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep
SERAPIS

Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi

popular di Mesir pada tahun 300-an S.M.

Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan

Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina

sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan

menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh

dunia Mediterranean.

Serapis menggabungkan watak Mesir dan

Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai

dewa yang menduduki takhta yang merupakan

lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa

Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan

dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu,

Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang

memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan

yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang

ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah

seluruh alam semesta seperti Zeus.

Serapis memiliki banyak watak Mesirnya

daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama

Serapis mungkin merupakan gabungan antara

Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa

kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula

merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang

lembu jantan.

UMUM 

Kembali ke atas