RUKUN IMAN | rukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya. | AGAMA | Konsep |
IMAN | Iman, mempercayai, membenarkan dan meyakini dengan hati. | AGAMA | Konsep |
HADIAH NOVEL DARUL IMAN | HADIAH NOVEL DARUL IMAN, peraduan mengarang novel berunsur Islam. Peraduan ini ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu dan diselenggarakan bersama oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Peraduan ini dilancarkan pada 20 April 1981 dengan menawarkan anugerah dan hadiah utama bernilai RM15 000; RM5000; dan RM5000. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
KUALA TERENGGANU | Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai penempatan sekitar abad ke-14. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
SURAH AL-MUMTAHANAH | Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 13 ayat. Surah ini dinamakan al- Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir”. (Surah al-Mumtahanah 60:10) | UMUM | |
TAREKAT DAN TASAWUF | TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat. Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman. Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan. Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam dan ihsan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SURAH AL-IKHLAS | Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung”. (Surah al-Ikhlas 112:1–2) | UMUM | |
SURAH AL-BALAD | Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat. Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini. Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan. | UMUM | |