KAIN LEBAR | Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut, kemeja dan gaun. | UMUM | |
MUSLIN | Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat. Orang British menamakan fakrik kapas halus sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar. | UMUM | |
KAIN MINYAK | Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang digunakan untuk menutup meja dan dinding yang mesti kerap dicuci. | UMUM | |
KAIN MASTULI | KAIN MASTULI, kain tenunan Melayu yang kasar dan kuat. Penenun Kelantan menyebut kain mastuli sebagai kain karat kuping atau kain karat pat, kain buntut siput dan kain mastuli jala. Bagaimanapun di Terengganu, Pahang dan Johor, kain ini memang disebut sebagai kain mastuli. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN KASA | KAIN KASA, kain putih nipis dan jarang-jarang tenunannya. Kain ini dikenali juga sebagai kain benang ‘sering’, kain serasah atau kain khasah. Kain ‘rubia’ yang lebih rapat jalinan benangnya alau lebih lembut disebut sebagai ‘kain perai’. | BUDAYA | Kraf Tangan |
TEKSTIL | Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak kain masih diperbuat daripada tenunan yang menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil. Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan kain sebagai tekstil. | UMUM | |
KAPAN TURIN | Kapan turin ialah kain linen yang ramai orang percaya ialah kain kapan Jesus Christ. Kain ini berukuran 434 x 109 sentimeter. | UMUM | |
KAIN LEPAS | KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai ‘kain batik lepas’. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN SAYAP PEKAKA | KAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN METAI | Kain metai ialah sejenis kain yang tidak mudah koyak yang digunakan terutamanya sebagai sarung tilam dan bantal. | UMUM | |