| MUSLIN | Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat. Orang British menamakan fakrik kapas halus sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar. | UMUM | |
| TAFETA | Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera. Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil untuk membuat reben. | UMUM | |