Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
SELENDANG

SELENDANG, sehelai kain yang dipakai untuk menutup bahagian kepala.  Ada kalanya selendang dipakai sebagai pelengkap pakaian tradisional dengan disandang di atas bahu sebagai perhiasan sahaja.  Ada juga selendang yang dipakai sebagai ikat pinggang. Selendang juga dikenal sebagai kain tudung kepala yang berbentuk tiga persegi atau empat persegi panjang.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas