Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar. Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul dua simbal bersama-sama atau dengan cara memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau yarn. |