Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONGKET PALEMBANG

SONGKET PALEMBANG kain songket yang berasal dari Palembang dan merupakan lambang kebesaran dan keagungan adat masyarakatnya.  Songket ini dibuat daripada benang sutera dengan ikat pakan yang mempunyai ciri warna merah tua dan ungu dengan kepala kain daripada songket benang emas 24 karat.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN PERKAHWINAN

PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.

BUDAYAPakaian
SONGKET ACEH

SONGKET ACEH, kain songket yang diperbuat di Aceh dan lazimnya mempunyai tanah kain yang berwarna biru tua, hitam, ungu dan merah tua dengan cara pemakaian yang menunjukkan taraf sosial.  Songket Aceh dipakai oleh lelaki dan wanita.  Bagi masyarakat Aceh, pakaian wanitanya ialah seluar panjang yang diperbuat daripada bahan sutera hitam atau kain kapas yang disebut `silueue Aceh’, dan dilengkapi pula dengan sehelai kain sarung disebut `ija krung’.  Cara memakai kain juga dapat menerangkan dari daerah mana seseorang itu berasal, dengan melihat tinggi rendahnya letak sarung.  Bagi masyarakat pergunungan, letak kain lebih ke bawah dan bagi masyarakat pesisir, ikat kainnya lebih tinggi atau singkat.

BUDAYAPakaian
SONGKET

SONGKET, sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.  Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal; daripada perkataan `songko’ yang bermaksud penggunaan benang emas untuk menghias songkok.  Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan songket diambil daripada perkataan `nyungkit’.  Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut.

BUDAYAPakaian
KAIN LIMAR

KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas