ASIA KECIL | Asia Kecil ialah semenanjung di barat Asia. Ia terletak di antara Laut Hitam dengan Laut Mediterranean. Asia Kecil merupakan sebahagian Turki di Asia. Sesetengah orang menamakan kawasan ini Anatolia . Asia Kecil dipisahkan oleh Laut Aegean dari Greece di sebelah barat. Di sebelah timur, semenanjung ini menganjur ke hulu Sungai Euphrates. Asia Kecil ialah nama geografi untuk kawasan ini. Turki menduduki kesemua tanah di semenanjung ini. | UMUM | |
POLIMER | Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali sebagai monomer . Monomer bersambung menjadi rantai melalui proses rangkaian yang berulang yang dikenali sebagai pempolimeran . Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu monomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
RAJA KECIL | RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL | RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (? -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LANDAK KECIL | | UMUM | |
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TIKUS KESTURI | Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya. Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi mempunyai muncung yang panjang, dan runcing yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi bulu yang pendek, berwarna gelap. | UMUM | |
DORMOUSE | Dormouse ialah mamalia kecil yang kelihatan seperti tupai kecil. Dormouse terkenal dengan caranya mengantuk. Apabila tiba musim sejuk, ia menyimpan makanan dalam sarang dan berhibernasi (tidur sepanjang musim sejuk). | UMUM | |
CHINCHILLA | Chinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi khas untuk menggerogot. | UMUM | Umum |