Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.han.cu.ran] | کهنچورن

Definisi : keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPENGLER, OSWALD

Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah

sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West

(1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada

sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan

ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam

kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih

daripada kaedah sejarah yang tetap, dia

merumuskan bahawa tamadun Barat sedang

menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa

tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di

Blankenburg.

UMUM 
SURAH AL-‘ASR

Surah al-‘Asr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-’Asr (masa) kerana pada

awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-‘Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari

kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan

dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian

atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas