Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.ti.han] | کلتيهن

Definisi : 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.ti.han] | کلتيهن

Definisi : 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
DEMAM TIFOID

Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang

dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan

demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk,

kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku

di kawasan yang padat penduduknya. Walau

bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi

yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang

berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku

di tempat-tempat yang mempunyai standard

sanitasi yang moden.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 

Kembali ke atas