PENERBIT SINAR HARAPAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih. Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik. Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS. Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630. Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo. | SASTERA | Penerbitan |
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. 1"> Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN MANDAILING | ADAT PERKAHWINAN MANDAILING, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mandailing di Sumatera, Indonesia. Perkahwinan di Mandailing ialah salah satu upacara adat paling besar yang disebut ‘horja godang’. Upacaranya memakan waktu yang lama dan biaya yang banyak. Ada tiga golongan utama terlibat secara langsung iaitu ‘kahanggi’ atau kaum kerabat seketurunan dengan pihak lelaki ayah ‘anak boru’, kelompok pihak lelaki yang mengambil anak gadis (keluarga/pihak mentua lelaki), dan ‘mora’, kelompok anak gadisnya telah diambil oleh pihak lelaki (keluarga/pihak mentua). 1"> | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. 1"> Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik1"> Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. 1"> | BUDAYA | Konsep |
DATU UDTOG MATALAM | DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RASHID MAIDIN | RASHID MAIDIN (1917- ), salah seorang pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir pada bulan Oktober 1917 di Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Dia dibesarkan dalam keluarga miskin dan dia adalah anak sulung. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, Perak hingga Darjah Lima. Dia belajar di sekolah agama di kampungnya pada sebelah petang. Kemiskinan keluarga telah memaksa Rashid menamatkan pelajarannya pada tahun 1928 dan mencari pekerjaan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DOMOCAO ALONTO | DOMOCAO ALONTO (1914 - ), pemimpin masyarakat Islam Filipina. Dia lahir pada 1 Ogos 1914 di Ramain Lanao. Dia berasal daripada keluarga bangsawan Lanao. Ayahnya, Sultan Alawiya Alonto, dikenal juga sebagai Sultan Ramain pada masa pemerintahan Amerika dan dilantik oleh pihak berkuasa Amerika di Filipina sebagai senator yang pertama dari Lanao. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN SEMELAI | ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat. 1"> | BUDAYA | Konsep |
YAACOB ABDUL LATIF, TAN SRI | YAACOB ABDUL LATIF, Tan Sri (1918- ), Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua (1972-1983). Dia lahir pada 1 Februari 1918 di Kelang, Selangor. Dia daripada keluarga bangsawan Melayu yang berpendidikan tinggi. Bapanya, Doktor Latif merupakan orang Melayu yang pertama menjadi doktor di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara datuknya adalah seorang majistret dan Datuk Setia kepada Sultan Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |