Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
SURAH AL-NISA'

Surah al-Nisa’ ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang keempat mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

176 ayat. Ia dinamakan al-Nisa’ (wanita) kerana di

dalam surah ini terdapat banyak hukum yang

berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum

sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.

Surah al-Nisa’ juga disebut surah al-Nisa’ al-Kubra

berbeza dengan surah al-Nisa’ al-Sughra yang juga

dikenali dalam al-Qur’an sebagai surah al-Talaq.

Surah al-Nisa’ ini seperti juga surah-surah

Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci

mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur

kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin

iaitu tanggungjawab, hukum-hukum syariah,

menceritakan mengenai asas-asas penting yang

bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga,

keluarga, negara dan masyarakat.

UMUM 
PERCERAIAN

Perceraian ialah mengakhiri perkahwinan secara

sah. Undang-undang bagi kebanyakan bangsa

membenarkan perceraian hanya dalam keadaan

tertentu. Perceraian dilarang keras kerana ia

memecahkan sesebuah keluarga, yang merupakan

unit asas masyarakat. Beberapa negara, termasuk

Ireland dan Filipina, yang agama Roman Katolik

merupakan agama yang utama, melarang

perceraian.

UMUM 
DATU UDTOG MATALAM

DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir.

 

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MARGA

MARGA, suatu organisasi sosial yang asas bagi masyarakat Batak.  Konsep marga diamalkan oleh masyarakat Batak di Sumatera Utara, Indonesia.  Setiap marga mempunyai nama pengasasnya (nama keluarga).  Sumatera Utara mempunyai beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan tertentu.  Misalnya, suku bangsa Karo mendiami bahagian utara Tapanuli dan suku bangsa Simalungun mendiami bahagian timur-laut Tapanuli.  Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada suku bangsa lain di kawasan tersebut. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI

SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas