Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERACUNAN MAKANAN UMUM 
BOTULISME

Botulisme ialah sejenis keracunan makanan. Ia

disebabkan oleh toksin (racun) yang dihasilkan

oleh bakteria yang dikenali sebagai Clostridium

botulinum.

UMUM 
SALMONELOSIS

Salmonelosis ialah jenis keracunan makanan

yang umum dan biasanya dikenali sebagai

salmonela kerana ia berpunca daripada jangkitan

beberapa jenis bakteria Salmonella . Manusia

mendapat salmonelosis daripada makanan atau air

yang tercemar dengan bakteria ini. Ayam, itik, susu,

telur dan keluaran yang dibuat daripada telur adalah

makanan yang sering kali membawa bakteria

tersebut. Terdapat juga bakteria Salmonela jenis lain

yang menyebabkan beberapa penyakit berjangkit

yang lain. Misalnya, bakteria Salmonella typhi

menyebabkan demam tifoid (lihat Demam tifoid ).

UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 

Kembali ke atas