Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.run.tu.han] | کرونتوهن

Definisi : 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.run.tu.han] | کرونتوهن

Definisi : 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPANGAN KEKOTAK

Empangan kekotak ialah lingkungan

bertembok sementara yang digunakan dalam

pembinaan. Ia mewujudkan suatu ruang yang

melindungi pekerja dan tapak penggalian daripada

air dan keruntuhan

UMUM 
ROM PURBA

Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah

bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri

daripada gembala kambing di pedalaman Itali,

berkembang sehingga menjadi sebuah empayar

yang terbesar dalam sejarah – dan kemudian

mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang

Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753

S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk

sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman

kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M.,

UMUM 
MORAVIA, ALBERTO

Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia

mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali

yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya

mempunyai gambaran dan dialog yang realistik,

gaya penulisan yang bebas dan jelas serta

memberikan pandangan yang tajam mengenai

gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia

mengkritik keruntuhan moral di Itali dan

menggambarkan watak-watak yang terasing dari

masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga

menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan

perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit

sosial.

UMUM 
SENOPATI

SENOPATI (  ?   -1601), pengasas Kesultanan Mataram (1582-1601).  Mataram muncul selepas keruntuhan kerajaan Majapahit pada abad ke-16.  Mataram pada asalnya adalah sebuah daerah di Jawa Tengah dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Majapahit.  Kelemahan pemerintahan kerajaan Majapahit pada penghujung abad ke-16, menyebabkan banyak tanah jajahannya seperti Pajang, Jipang, Surabaya dan Demak membebaskan diri.  Antara negeri yang terbesar ialah Pajang dan Jipang. Kedua-duanya bersaing hebat dan bermusuhan.  Dalam proses pertelingkahan itu, Pajang yang dipimpin oleh Pangeran Adiwijoyo telah dibantu oleh Kiai Gadai Pemanahan.  Sebagai menghargai jasanya mengalahkan Jipang, Mataram telah dihadiahkan kepadanya.  Sejak itu, Mataram mula berkembang dan membangun menjadi sebuah negeri yang kuat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 

Kembali ke atas