Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : keadaan atau hal sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASI

RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya.  Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan.

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 

Kembali ke atas