Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIJINSKY, VASLAV

Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang

terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan

mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh.

Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya

dengan penuh kesungguhan sehingga

penampilannya nampak berubah daripada satu

peranan kepada peranan yang lain.

UMUM 
SURAH HUD

Surah Hud ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-11 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 123 ayat.

Ia dinamakan surah Hud kerana meraikan

kesungguhan Nabi Hud a.s. dalam menyampaikan

dakwah di jalan Allah S.W.T.

UMUM 
WANITAWANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia.  Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura.  Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan  oleh Nas Achnas.  Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa ituSASTERAKonsep

Kembali ke atas