Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy. Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman. Sebahagian penulis menganggapnya daripada kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy, Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain. |