| KETUA KAMPUNG | Ketua kampung, ketua bagi masyarakat sesebuah kampung. Ketua kampung biasanya dilantik berdasarkan pilihan ramai masyarakat sesebuah kampung. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
| TEUKU UMAR | Teuku Umar (1859–1899) ialah pahlawan Aceh, Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan Belanda, namun dia mendapat kepercayaan kembali daripada rakyatnya untuk memimpin perjuangan melawan Belanda. Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung Darat ketika berusia 17 tahun. Dia bertanggungjawab penuh atas segala urusan pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama menjadi panglima perang Aceh yang menentang penjajah Belanda. | UMUM | |
| MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI | MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| MOHAMAD ROEM | MOHAMAD ROEM (1908-1983), Ahli politik dan pejuang kemerdekaan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mei 1908 di Parakan, Tumenggung, Jawa Tengah. Ayahnya, Dulkarnen Djojosasmito seorang ketua kampung. Semasa kecilnya, dia diasuh dengan didikan agama Islam oleh keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ORANG TUA | ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai ‘orang tua’ ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep ‘orang tua’ membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
| SYEIKH | Syeikh ialah gelaran Arab yang merujuk sama ada kepada seorang lelaki tua dan dihormati atau kepada ketua sesuatu puak atau kampung. Kadangkala seorang syeikh itu merupakan seorang pemimpin agama. Hanya orang Islam sahaja yang menggunakan gelaran syeikh. Kuasa seorang syeikh biasanya bergantung pada kebebasannya bertindak dan keperibadiannya. Banyak lagu dan cerita telah menggambarkan syeikh sebagai seorang tokoh yang romantis. | UMUM | |
| KOTAWARINGIN | KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Musta’ana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| MOHD. SALLEH ABAS, TUN | MOHD. SALLEH ABAS, Tun (1929- ), peguam, Ketua Hakim Negara yang kelima (1984-1988). Dia lahir pada 25 Ogos 1929 di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kampung Raja dan kemudian dia mempelajari agama dan bahasa Arab di Sekolah Arab Madrasah Haji Omar, Kampung Raja, Besut. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu selama dua tahun dalam Special Malay Class. Dia lulus dengan Gred Satu dalam peperiksan Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, TAN SRI | MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, Tan Sri (1926- ), Ketua Turus Angkatan Tentera yang keenam (1977-1981). Dia lahir pada 19 Januari 1926 di Kampung Pinang Baik, Selayang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga Darjah Lima dan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Persekolahannya terganggu akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, dia bekerja di Jabatan Pelajaran Jepun dan ditugaskan sebagai Penjaga Kutub Khanah Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dengan Jepun, dia memasuki Marai Koa Kun Rengho di Melaka selama enam bulan. Apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung semula persekolahannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| NADAWIY, ABU AL-HASAN AL- | Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– / 1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama. Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab, Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al- Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa Urdu seperti majalah al-Ta‘mir. | UMUM | |