ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI | Abdul Taib Mahmud, Tan Sri (1936- ) ialah Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub. | UMUM | |
CROMWELL, THOMAS | Cromwell, Thomas (1485?–1540), bergelar Earl of Essex, ialah ketua menteri kepada Henry VIII, England. | UMUM | Umum |
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
SAKARAN DANDAI, TUN | Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002). Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah, dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said sebagai Ketua Menteri Sabah. | UMUM | |
MARSHALL, DAVID | Marshall, David (1908–1995) ialah peguam dan ahli politik yang berkhidmat sebagai ketua menteri Singapura yang pertama pada tahun 1955 dan tahun 1956. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN | Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918– 1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama (1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN YA'KUB, TUN | ABDUL RAHMAN YA’KUB, Tun (1928- ),Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981) dan yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981-1986). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
JOSEPH PAIRIN KITINGAN, DATUK SERI | Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri (1940- ), Ketua Menteri Sabah (1985-1994), pengasas dan Presiden Parti Bersatu Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMAD FUAD STEPHENS, TUN | Mohamad Fuad Stephens, Tun (1920-1976), Ketua Menteri Sabah dari tahun 1963 hingga 1965, dan 1976. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |