Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta] | کيت

Definisi : 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Jangan naik kereta kuda,
     Marilah kita berjalan kaki;
Jangan kita main cinta,
     Nanti kita makan hati.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa,
     orang memberi kita merasa.

Bermaksud :

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPICTETUS

Epictetus (50?–138? M) ialah ahli falsafah Stoik

Yunani. Dia mengajar bahawa kita tidak sepatutnya

meminta supaya peristiwa berlaku mengikut

kehendak kita. Kita sepatutnya menerima peristiwa

yang berlaku.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 
MAKANAN

Makanan adalah satu daripada keperluan kita

yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa

makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk

segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap,

bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas.

Makanan juga membekalkan tenaga yang

diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar

untuk berfungsi. Di samping itu, makanan

membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan

oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan

untuk mengawal organ dan sistem badan.

UMUM 
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 
METONIMI

Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan

secara kiasan berbanding dengan secara harfiah.

Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan

metonimi. Apabila kita “turn on the light”, kita

sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan

menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama

kesan kepada sebab.

UMUM 
ALAT SAINTIFIK

Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari

tentang dunia. Segala-gala   diketahui

tentang persekitaran kita melalui deria seperti

pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi

kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas

dengan baik untuk memberitahu kita apa yang

berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan

bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui

seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam

suatu atom.

UMUM 
KITA

KITA, pertubuhan politik pada zaman Jepun. KITA ialah singkatan Gerakan Kiri Tanah Air. KITA ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestaman. Kepimpinan KITA dikenali sebagai “Empat Serangkai’, dengan diketuai oleh Ahmad Boestaman serta Zulkifli Ownie, Mokhtar Bakri dan Haji Ramli Said. Mereka selalu berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan cerita dan rahsia, dan kod nama mereka ialah KITA. Dengan cara begitu pihak Jepun tidak dapat mengesyaki pengintipan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RAS, MANUSIA

Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua

manusia adalah dari keturunan manusia yang

hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita

semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna

bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari

ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita

semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan

kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza

warnanya, mata kita berbeza warna dan

bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza

bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan

teksturnya.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas