SINN FÉIN | Sinn Féin ialah parti politik nasionalis yang memainkan peranan penting dalam usaha memperjuangkan Republik Ireland yang merdeka. Dalam perkataan Gaelik, ia bermaksud kita sendiri. Wartawan Ireland, Authur Griffith, membentuk Sinn Féin sebagai Persatuan Nasionalis Ireland pada tahun 1905. Pada masa itu Ireland adalah sebahagian daripada Great Britain. Sinn Féin mendesak orang Ireland supaya tidak membayar cukai, membantu Parlimen British, pasukan tentera atau mematuhi perintah Mahkamah British. | UMUM | |
MEMBACA | Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. | UMUM | |
SCHOPENHAUER, ARTHUR | Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera kita adalah perlambangan semata-mata. Yang dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri. Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita, kita mengubahnya. | UMUM | |
TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
SENI HALUS | Seni halus berkaitan dengan membuat objek- objek cantik, atau mengeluarkan, atau mempersembahkan karya yang menarik kepada cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan karya seni yang besar dapat mengembangkan minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan fikiran terbaik tokoh besar. | UMUM | |
SENI BINA | Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia mungkin merujuk kepada seni dan sains bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai makna sejarah, yang merujuk kepada gaya bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang seni bina Yunani atau seni bina Gothik. | UMUM | |