Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, seng­gang: apabila ada masa ~, kita akan ber­bincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebar­kan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyeng­gangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup, dedaup, Bau­hinia comifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : 1 tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2 tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOOR

Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak

diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah

meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor”

sering digunakan kepada moor di Scotland dan

lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat

heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi

terdapat juga moor di barat laut Eropah dan

Amerika Utara.

Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan

kawasan moor termasuk gorse, resam dan

berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati.

Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah.

UMUM 
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 
BUSTARD

Bustard ialah burung buruan yang besar yang

hidup di dataran yang kering dan lapang di

semua benua kecuali Amerika. Burung ini paling

banyak terdapat di Afrika, dan saiznya berbeza-beza

daripada sebesar ayam hingga sebesar

ayam belanda

UMUM 
SUGAR GLIDER

Sugar glider ialah marsupial kecil di Australia

yang boleh meluncur sehingga 50 meter di antara

satu pokok dengan pokok lain. Ia boleh berlari

merentasi tanah lapang untuk mendapatkan

serumpun pokok lain.

UMUM 
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
SASSAFRAS

Sassafras ialah pokok bersaiz sederhana dalam

famili laurel. Ia didapati terutamanya di timur

Amerika Syarikat. Ia juga tumbuh sebagai pokok

renek di sepanjang jalan. Pokok ini hidup subur di

hutan lapang di tanah yang lembap, tersalir dengan

baik. Ia boleh mencapai ketinggian 30 meter.

UMUM 
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM 
MEMASAK

Memasak ialah menyediakan makanan untuk

dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan

lebih menyelerakan dan mudah dihadam.

Kebanyakan proses memasak melibatkan

pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan

yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad.

Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa

lapang.

UMUM 
STONECHAT

Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di

Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada

bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu

yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai

kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian

bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina

berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia

biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia

membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun

rumput dan memakan larva serangga, cacing,

kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga

enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik

malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah

ke selatan pada musim sejuk.

Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam

subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata.

UMUM 
OVENBIRD

Ovenbird ialah dua jenis burung Amerika yang

membuat sarang berbentuk kubah. Rufous

Ovenbird di kawasan tropika dan Amerika

Selatan adalah burung oak thrush berwarna

perang kemerahan yang membuat sarang bulat

daripada lumpur berbentuk seperti ketuhar kuno

pembuat roti. Nama lain yang biasa digunakan

bagi burung ini ialah honero yang bermakna

pembuat roti dalam bahasa Sepanyol. Rufous

Ovenbird membuat sarang di desa lapang,

biasanya di tiang pintu pagar di padang ternak

lembu yang luas, di pampas (padang rumput

Amerika Selatan).

UMUM 
12

Kembali ke atas