Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malim (kata nama)
1. Bersinonim dengan guru agama: ustaz, ustazah, tok guru, kiai, pengajar, pendidik, pembimbing,
Berantonim dengan murid

2. Bersinonim dengan jurumudi: nakhoda, juragan, malim angin, malim kapal, kapten,
Berantonim dengan anak kapal.


Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sama turun dengan malim.

Bermaksud :

Perempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT MALIM DEWA SASTERAKarya
HIKAYAT MALIM DEMAN SASTERAKarya
MALIM GHOZALI PK

MALIM GHOZALI Pk (1949 -     ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 4 Mac 1949 di Malim Nawar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghozali bin Haji Abdul Rashid. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dan di Universiti Malaya hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1973 dan Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Perkapalan dari University of Wales, United Kingdom.

SASTERATokoh
SHAHRUM YUB

SHAHRUM YUB, Dato’ (1934-     ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991).  Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949.  Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960).  Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun.  Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.

BUDAYATokoh
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI

Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli

akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24

Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun

1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi

guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada

tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga

1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu.

Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan

pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang

sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung

pelajarannya ke Stanford University, California dan

memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang

pendidikan dan sosiologi.

UMUM 
MASHUDI KADER

MASHUDI KADER (1943 -     ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor.

BAHASATokoh
PAWANG ANA

PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Pawang Ana berasal dari Perak.  Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara.  Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak.  Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

SASTERATokoh
RUSTAM A. SANI

RUSTAM A. SANI (1944 -     ), penulis, penterjemah dan penyair.  Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak.  Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam.  Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 – 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 – 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 – 1964).  Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970).  Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973).  Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England.

SASTERATokoh
CENDERAMATA

CENDERAMATA, majalah rasmi Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan November 1923 dan diterbitkan dua kali setahun menurut penggal maktab ini pada masa sebelum merdeka. Kini majalah ini diterbitkan setahun sekali. Majalah Cenderamata selepas merdeka hingga kini berukuran 25 cm x 19 cm dan purata mengandungi 140 halaman. Majalah ini pada peringkat awalnya amat kurang memuatkan gambar kecuali terbitan selepas perang.

          

SASTERAKarya
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas