Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.kam] | مانيکم

Definisi : 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memi­kirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
manikam
Rujuk :permata

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER WATT

Meter watt ialah alat yang digunakan untuk

mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang

paling biasa digunakan dikenali sebagai meter

watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik

ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu

gegelung tetap disusun untuk menerima arus

daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung

boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang

bertatah manikam yang membolehkannya

berputar, disusun untuk menerima arus yang

berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak

diukur.

UMUM 

Kembali ke atas