[per.ma.ta] | ڤرمات
Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.ma.ta] | ڤرمات
Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)