| SEKAT MASUK KERJA | Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan tidak membayar upah supaya pekerja menerima syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini, seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu. | UMUM | |
| PELABUHAN MASUK | | UMUM | |
| YIGUANDAO | Agama yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Lu Wende pada tahun 1940-an dari Chaozhou, Provinsi Guangdong, China. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
| SUNGAI JORDAN | Sungai Jordan, satu-satunya sungai penting negara Israel dan Jordan, bermula di kawasan mata air Gunung Hermon di Syria. Ia mengalir sejauh 160 kilometer dan masuk ke kawasan Tasik Hula (kini telah kering). Sungai Jordan mengalir masuk ke Laut Mati, lebih kurang 400 meter di bawah aras laut (lihat Laut Mati). | UMUM | |
| TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
| ELEKTROD | Elektrod ialah pengkonduksi yang melalui arus masuk atau keluar dari peranti elektrik atau elektronik. Kebanyakan elektrod ialah kepingan logam yang dibentuk menjadi plat, rod, dawai atau jaringan dawai. | UMUM | |
| SENDAT UDARA | Sendat udara ialah alat yang membolehkan manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat. Sendat udara digunakan untuk menggali terowong dalam air atau projek-projek lain yang memerlukan kaison. | UMUM | |
| SUEZ | Suez ialah bandar dan pelabuhan di Mesir. Ia terletak di pintu masuk bahagian selatan Terusan Suez dan di sepanjang Teluk Suez. Bilangan penduduknya berjumlah kira-kira 326 820 orang. Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 M. Suez muncul sebagai sebuah pelabuhan terunggul dan menjadi pusat perindustrian utama dan terbesar yang merangkumi perindustrian penapisan minyak petrol dan pemprosesan baja. | UMUM | |
| TAWANAN SUNGAI | Sungai yang mempunayi daya hakisan yang lebih kuat memotong sebatang sungai lain menarik masuk alirannya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| TINGKAP | Tingkap ialah bukaan pada dinding atau pintu untuk membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam ruang tertutup. Istilah ini juga boleh merujuk kepada kaca yang diletakkan pada bukaan demikian. Satu atom lebih kepingan rata kaca yang dinamakan kaca tingkap menutupi kebanyakan tingkap. Palang yang dinamakan mullian mengikut kaca tingkap dalam kedudukannya. Kaca tingkap dan mullian dipasang dalam rangkai yang dinamakan bingkai. | UMUM | |