PERNAFASAN BANTUAN | Pernafasan bantuan ialah langkah yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan keluar dari paru-paru orang yang terhenti bernafas. | UMUM | |
SENDAT UDARA | Sendat udara ialah alat yang membolehkan manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat. Sendat udara digunakan untuk menggali terowong dalam air atau projek-projek lain yang memerlukan kaison. | UMUM | |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
SUNGAI OB | Sungai Ob ialah salah satu sungai utama Rusia di Asia. Ia bermula dari Gunung Altai di barat Siberia dan mengalir ke arah barat laut sejauh 3650 kilometer sebelum masuk ke dalam Lautan Artik melalui Teluk Ob (Obskaya Guba). Sungai ini menyaliri kawasan seluas 2 914 250 kilometer persegi. | UMUM | |
SUNGAI UBANGI | Sungai Ubangi ialah anak sungai utama di sebelah utara Sungai Congo, Afrika. Sungai Ubangi yang dieja sebagai Oubangui, berukuran kira-kira 2250 kilometer panjang termasuk hulu sungainya iaitu Sungai Mbomu. Sungai ini terbentuk daripada gabungan Sungai Mbomu dengan Sungai Uele, dan mengalir masuk ke dalam Sungai Congo berhampiran Tasik Tumba di Zaire. Sungai Ubangi membentuk garisan sempadan sepanjang kira-kira 1100 kilometer yang memisahkan Zaire dengan Congo di sebelah barat, dan Republik Afrika Tengah di sebelah barat laut. Sungai ini boleh dilayari sepanjang tahun bermula dari bahagian hilir Bangui, Republik Afrika Tengah. | UMUM | |
KETELAPAN | Ketelapan ialah keupayaan sesuatu cecair atau gas menyusup masuk ke dalam sesuatu bahan pepejal. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
OEDEMA | Oedema ialah bengkak tisu badan yang disebabkan oleh bendalir terkumpul dalam ruang antara sel. Oedema mungkin setempat – iaitu, terhad kepada satu bahagian badan – atau ia mungkin menjejaskan tisu di seluruh badan. Oedema setempat biasanya terjadi apabila kandungan kapilari yang cedera bocor dan masuk ke dalam ruang-ruang tisu yang berdekatan. | UMUM | |
TASIK CINI | TASIK CINI, sebuah tasik asli, terletak di lembah Sungai Pahang. Air Tasik Cini datang dari Sungai Pahang melalui anak sungainya, iaitu Sungai Cini. Dari Tasik Cini, air mengalir masuk ke dalam empat buah sungai: Sungai Gumuni, Sungai Jembarau, Sungai Malai dan Sungai Perupuk. Tasik Cini dikenali kerana legendanya, iaitu Naga Tasik Cini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT | PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah. Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya. | BAHASA | Konsep |