MENDU | Mendu, teater tradisional Melayu lama yang berasal dari Kalimantan Barat. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOTA | KOTA, kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja Melayu pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama. Dalam naskhah Melayu lama, perkataan kota sering dikaitkan dengan istana raja-raja Melayu kerana apabila seseorang raja Melayu membuka sebuah negeri yang baharu, raja akan mengarahkan rakyatnya mendirikan istana yang berkota. Ini bermakna kompleks istana raja lengkap dengan balai penghadapan, balai besar, balairung seri dan bangunan lain kepunyaan raja terletak dalam sebuah kawasan yang berpagar. Lazimnya, pagar tersebut diperbuat daripada kayu sasak, buluh, benteng tanah ataupun tembok batu atau buah-buahan binaan yang lain. Kawasan kompleks istana yang berpagar di sekelilingnya inilah disebut ‘Istana Berkota’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
BUANG ANCAK | BUANG ANCAK, amalan menyajikan makanan kepada hantu. Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung. Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
KANUN PAHANG | KANUN PAHANG, teks Melayu lama mengenai undang-undang, dikenal juga dengan nama Hukum Kanun Pahang atau Undang-undang Pahang. Seperti teks Hukum Kanun Melaka, Adat Acheh, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Dato’ Kota Star (Kedah) dan Undang-undang Johor. Kanun Pahang merakamkan undang-undang tradisional peribumi yang mungkin dilaksanakan atau menjadi rujukan serta panduan bagi melaksanakan sesuatu undang-undang negeri. Kanun Pahang juga mengandungi undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Pahang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
PUISI MELAYU MODEN | PUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun. | SASTERA | Konsep |
INDERAPURA | INDERAPURA, kerajaan Melayu lama di pesisir pantai barat selatan Sumatera, Indonesia. Inderapura pernah menjadi taklukan Minangkabau yang berpusat di Pagarruyung. Raja-raja Inderapura adalah berketurunan dari Pagarrayung. Selepas bebas daripada jajaha Pagarryung, kuasa kerajaan Inderapura meluas higga ke Anak Sungai, Ketaun dan Manjuto. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
GURINDAM | GURINDAM, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu “Kirandam” yang bererti amsal atau perumpamaan. | SASTERA | Konsep |
MELAYU COCOS | MELAYU COCOS, keturunan buruh paksa yang berasal dari Kepulauan Melayu Hindia Timur lama dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) sejak tahun 1820-an. Mereka beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu lama serta mengamalkan cara hidup orang Melayu yang dibawa dari kawasan asal mereka. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KANUN RIAU-LINGGA | KANUN RIAU-LINGGA, teks Melayu lama menceritakan asal usul raja-raja Melayu yang memerintah Johor-Riau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
SASTERA UNDANG-UNDANG | SASTERA UNDANG-UNDANG, bahan kajian yang penting tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susunan masyarakat Melayu lama. Sastera undang-undang juga membayangkan alam fikiran orang Melayu dan luwes, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan zaman. | SASTERA | Konsep |