KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
ACHEBE, CHINUA | Achebe, Chinua (1930– ), orang Nigeria, yang menjadi salah seorang penulis Afrika yang paling terkemuka. Tulisannya meneliti apa yang dianggap sebagai akibat-akibat tragik imperialisme British terhadap masyarakat Afrika. Dia menganalisis kaitan antara gaya kesusasteraan Inggeris dengan Afrika. Karyanya mempengaruhi kritikan sastera | UMUM | |
SUSIY, ABU SHU’AYB AL- | Susiy, Abu Shu’ayb al- (173–261 H./790–874 M.), pembaca al-Qur’an yang boleh meneliti jenis-jenis bacaan yang lain. | UMUM | Umum |
LÉVI-STRAUSS, CLAUDE | Lévi-Strauss, Claude (1908– ) ialah ahli antropologi Perancis yang mengembangkan strukturalisme dalam kajian tentang budaya manusia. Strukturalisme merupakan kaedah analisis yang meneliti struktur hubungan antara benda, dan bukan hanya benda itu semata-mata. | UMUM | |
SOSIOLOGI | Sosiologi ialah satu kajian tentang individu, kumpulan, dan institusi yang membentuk masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi meneliti dan merekod bagaimana manusia berhubung sesama mereka dan dengan persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah institusi dan lain yang wujud di kalangan masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang sains sosial dan amat rapat hubungannya dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial yang lain. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERBANDINGAN | Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. | UMUM | |
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA | Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia, dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Majlis Eropah pada bulan November 1950. | UMUM | |
ANDREYEV, LEONID | Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang sedang menanti saat kematian mereka. Drama Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man (1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid Nikolayevich Andreyev lahir di Orel. | UMUM | |
LAPORAN RAZAK | LAPORAN RAZAK, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 tentang pendidikan. Laporan ini dihasilkan pada bulan April 1956 oleh satu Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Antara tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan termasuklah untuk meneliti semula dasar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tentang pendidikan pelajaran dan mencadangkan beberapa perubahan yang sesuai dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |