TATE GALLERY | Tate Gallery, di London, menempatkan koleksi lukisan cat dan arca yang terkemuka oleh pelukis British dan pelukis-pelukis lain. Koleksi lukisan cat mewakili karya pelukis British dari tahun 1500-an hingga kini dan karya pelukis dari negara lain semenjak akhir tahun 1800-an. Tate Gallery di Liverpool menempatkan lukisan cat dari tahun 1900- an. | UMUM | |
RUMAH KEDAI | Bangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
PUSAT DOKUMENTASI SASTRA H.B JASSIN | Pusat yang menempatkan karya berbentuk sastera dan bahan ilmiah. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PERPUSTAKAAN FOLGER SHAKESPEARE | Perpustakaan Folger Shakespeare di Washington, D.C. , menempatkan salah satu koleksi buku yang sangat penting tentang peradaban orang British kira-kira dari tahun 1485 hingga tahun 1715. Perpustakaan ini juga memiliki koleksi buku yang paling penting di dunia yang dihasilkan oleh William Shakespeare dan tentang William Shakespeare. Perpustakaan ini mempunyai lebih daripada 225 000 buah buku. | UMUM | |
KAPAL BAGUR PENJARA | Kapal bagur penjara ialah kapal yang digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris. Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di pelabuhan tentera laut di selatan England. | UMUM | |
ALAT MENGUJUT | Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan menempatkan pesalah di atas kerusi dan memasang alat mengujut di lehernya. Alat mengujut yang dipasang pada tiang besi yang terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat dengan menggunakan skru sehingga pesalah lemas. | UMUM | |
ISTANA BUDAYA | Istana Budaya ialah bangunan yang menempatkan Panggung Negara Malaysia, tempat aktiviti kesenian negara diadakan. | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
MUZIUM SENI MODEN | Muzium Seni Moden di New York ialah salah sebuah muzium yang terkemuka di dunia yang khusus mengumpul dan mempamerkan hasilhasil seni moden. Ia menempatkan lebih daripada 100 000 objek yang mewakili kesemua pergerakan seni utama sejak dari tahun 1880 sehingga kini, dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. | UMUM | |
RANGKA | Rangka ialah bingkai tulang yang fleksibel pada haiwan vertebrat. Ia memberi bentuk kepada badan, melindungi organ penting, dan menyediakan sistem tuas, yang dikendalikan oleh otot yang membolehkan badan bergerak. Ia menempatkan sumsum tulang , iaitu tisu yang membentuk darah. Ia menyimpan unsur-unsur seperti kalsium dan fosforus dan membebaskannya ke dalam darah. Rangka juga mengandungi sedikit unsur magnesium, kalium, dan natrium. | UMUM | |
PARLIMEN STORMONT | Parlimen Stormont ialah sebuah bangunan di Stormont, suatu daerah yang jauh dari Belfast di Ireland Utara. Sehingga awal tahun 1970-an, bangunan ini menempatkan Parlimen Ireland Utara. | UMUM | |