ARABES | Arabes ialah satu seni menyambung dan mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini diterokai di dalam satu gerakan menggunakan tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk pada kreativiti seniman semasa mengolah dan menggunakan garisan-garisan yang bersambung, bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan dan perasaan seniman dengan menyeragamkan pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA | UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu. Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR | PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan. Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B. Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan. Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman. Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor. Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu. Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman. | BAHASA | Bahasa |