Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.suai.kan] | مڽسوايکن

Definisi : menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.suai.kan] | مڽسوايکن

Definisi : menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Pendek dihubung,
     panjang dikerat.

Bermaksud :

Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM SARAF

Sistem saraf ialah rangkaian komunikasi dalaman

yang membolehkan haiwan menyesuaikan diri

dengan perubahan dalam persekitarannya. Hampir

kesemua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas,

mempunyai jenis sistem saraf tertentu.

UMUM 
PSIKOLOGI KLINIKAL

Psikologi klinikal ialah kajian saintifik,

diagnosis dan rawatan terhadap orang yang

mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan

dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya.

Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku

normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan

mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam

diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental.

Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan

personaliti.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
MUZIK ALEATORI

Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang

mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang

tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah

tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma

dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan

bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan

prosedur chance atau penghibur yang akan

membuat persembahan untuk memilih dan

membentuknya.

UMUM 
MONYET

Monyet adalah satu daripada banyak jenis

mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang

paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –

bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang

dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.

Kecerdikan monyet membolehkannya

menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.

Oleh sebab persamaan antara monyet dengan

manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam

penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit

manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali

sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen

menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).

UMUM 
PLATH, SYLVIA

Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan

penulis fiksyen Amerika. Penulisannya

menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran

yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih.

Penulisannya amat bersimpati terhadap

penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis,

orang yang sukar menyesuaikan diri, dan

pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia

pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah

seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh

sejak tahun 1940-an.

UMUM 
PROSES HABER

Proses Haber ialah kaedah komersial

mengeluarkan ammonia daripada nitrogen dan

hidrogen. Fritz Haber, ahli kimia Jerman, mencipta

proses ini dan membuktikannya pada tahun 1909.

Dia mempatenkan proses ini pada tahun 1910.

Seorang lagi ahli kimia Jerman, Carl Bosch,

kemudiannya menyesuaikan proses ini untuk

kegunaan industri. Proses ini juga dikenali sebagai

proses Haber-Bosch .

UMUM 
SELYE, HANS

Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada

yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang

ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai

stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin

membantunya menemui kefahaman baru tentang

alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi

badan terhadap masalah atau peristiwa dalam

kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya

menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk

menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan

yang tidak menyenangkan.

Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan

kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of

Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia

menubuhkan International Institute of Stress.

UMUM 
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

Taman bimbingan kanak-kanak ialah

sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang

berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini

belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti

yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas.

Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil

prasekolah, membantu kanak-kanak membina

kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar

menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan.

Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan

kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta

menggalakkan mereka berdikari.

UMUM 
KEPUPUSAN

Kepupusan, lenyapnya sesuatu spesies hidupan dari permukaan bumi kerana tidak dapat menyesuaikan hidupnya dengan keadaan sekitaran yang baharu, serta tidak dapat membiak dengan sempurna di sekitaran baharu tersebut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas