ARCHIPENKO, ALEXANDER | Archipenko, Alexander (1887–1964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). | UMUM | |
ROSTOCK | Rostock (pend. 242 729) merupakan pelabuhan di Jerman dan pusat perindustrian di Laut Baltik. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta politik). Bandar ini terletak di muara Sungai Warnow dan merupakan pusat perkapalan yang penting sejak beberapa ratus tahun. Rostock merupakan pelabuhan masuk utama bagi bekalan petroleum Jerman. | UMUM | |
AUSTIN | Austin (pend. 465 622) merupakan ibu negeri Texas, sebuah negeri dalam Amerika Syarikat. Ia merupakan pusat pendidikan untuk Texas. Bandar Raya Austin terletak di Sungai Colorado, kira-kira 250 kilometer di barat Houston. Kawasan metropolitan Austin meliputi kawasan seluas 7356 kilometer persegi. | UMUM | |
ANABAPTIS | Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. | UMUM | |
KARACHI | Karachi (pend. 5 208 170) merupakan bandar raya terbesar dan pelabuhan utama Pakistan. Ia merupakan pusat komersial dan industri yang utama negara itu. | UMUM | |
TASIK VOLTA | Tasik Volta, di tengah Ghana, merupakan salah sebuah tasik buatan manusia yang paling besar di dunia. Tasik ini merupakan takungan di belakang Empangan Akosombo di Sungai Volta. Tasik Volta terbentang sejauh 402 kilometer ke utara empangan tersebut dan terbentuk apabila empangan itu siap dibina pada tahun 1965. Tasik ini meliputi kawasan seluas 8482 kilometer persegi. Stesen janakuasa elektrik di Empangan Akosombo menggunakan air dari Tasik Volta. | UMUM | |
PLUTONIUM | Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif. Hampir semua Plutonium merupakan bahan buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94. Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per sentimeter (lihat Ketumpatan ) | UMUM | |
ANKARA | Ankara (pend. 2 559 500), ibu negara Turki. Ia merupakan bandar kedua terbesar selepas Istanbul. Ankara merupakan pusat pemerintahan Turki. Bandar ini terletak di kawasan bukit-bukau di bahagian barat-tengah Turki. Untuk lokasi Ankara, lihat Turki ( peta politik). | UMUM | |
PLOTINUS | Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu falsafah Yunani yang dikenali sebagai Neoplatonisme . Dia mengembangkan Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa dunia kebendaan adalah tidak benar, politik merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh adalah penjara sementara bagi rohani dan kehidupan ini adalah pengembaraan melalui khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia kembali sebagai suatu yang menakjubkan. Plotinus percaya dia pernah mengalami visi tersebut. | UMUM | |
PIPE | Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur kepada organ pipe pada masa kini dan alat tiup yang lain. Pipe mungkin merupakan alat muzik yang paling tua. Menurut legenda Yunani, pipe mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ). Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai pipe primitif. | UMUM | |