Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Siang menjadi angan-angan,
     malam menjadi buah mimpi.

Bermaksud :

Tak pernah dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
MIMPI

Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh

seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma

semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan

khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan

peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah

benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu

berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada

juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi

buruk).

UMUM 
MORPHEUS

Morpheus ialah dewa mimpi dalam mitologi

Yunani. Dia ialah salah seorang anak lelaki

Hypnos, dewa tidur. Dia menjelma sebagai

manusia dan menunjukkan dirinya kepada

manusia di dalam tidur mereka. Jika seseorang itu

“berada di dalam pelukan Morpheus”, bermakna

dia sedang tidur. Dadah morfin diberi nama

sempena namanya.

UMUM 
SHAMAN

Shaman ialah seseorang yang dianggap

memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada

hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya

dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal

daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di

banyak kawasan mempunyai Shaman yang

dipercayai boleh menghalau roh jahat atau

membawa kebaikan terutamanya dengan merawat

penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang

Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan

sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai

kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika

[Orang Shaman ]).

    

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
PETANDAPETANDA, sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia. Petanda menyampaikan pengetahuan apa yang akan berlaku sebelum seseorang itu mengalaminya. Dengan demikian, petanda memberi peluang bagi mengelakkan sesuatu perkara daripada benar-benar berlaku. Di kalangan orang Iban, petanda hasil daripada ‘berburung’ adalah perhubungan antara dewa-dewa dengan manusia, supaya manusia mengetahui apa yang akan ditempuhinya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKepercayaan
PARIS

Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki

Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi

bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan

obor yang akan membakar negara. Seorang

tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak

itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam

menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan

menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut.

UMUM 
BURUNG PETALAWATI

BURUNG PETALAWATI,  burung yang menjadi penjaga negeri Kelantan dalam cerita-cerit lama.  Burung ini dikatakan timbul dalam mimpi Sultan Kelantan.

BUDAYAKonsep
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas