Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau ber­tindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
motif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tujuan: objektif, matlamat, sasaran, maksud, kehendak, keinginan, hajat, cita-cita, impian, harapan,

2. Bersinonim dengan dasar: tema, asas, pokok, latar,

3. Bersinonim dengan corak.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATIKBatik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. BUDAYAKonsep
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

           

BUDAYAProses/Tindak Balas
UKIRAN MELAYUUKIRAN MELAYU, seni ukiran yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada batu, kayu, tanah dan logam.  Bahan yang digunakan serta motif ukiran yang digambarkan berkait rapat dengan tamadun latar belakang budaya, serta faktor luar yang mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu pada sesuatu masa.BUDAYAKonsep
CINDAI

CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain.

 

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas