KUALA | KUALA, mulut sungai atau muara. Di Sumatera, kuala disebut muara. Kuala boleh dirujuk kepada dua jenis tempat, iaitu tempat sungai mengalir ke laut, dan tempat sungai bercantum dengan sungai lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SUCKER | Sucker ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis ikan yang berkaitan rapat dengan famili minnow. Kebanyakannya mempunyai mulut yang bibirnya tebal berisi yang membantunya menghisap haiwan dan tumbuhan di dasar tasik dan anak sungai. Sucker berwarna malap kecuali pada musim bunga, apabila sesetengah spesies sucker jantan bersirip kuning hingga merah dan berjalur warna ros atau jingga. | UMUM | |
KOTA BHARU | Kota Bharu (pend. 300 000), ibu negeri Kelantan semenjak pemerintah Sultan Muhammad II (Sultan Mulut Merah) yang memerintah Kelantan dari tahun 1839 hingga tahun 1886. Bandar ini terletak di pinggir Sungai Kelantan. | UMUM | |