Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315 668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland, peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan pemandangannya telah menarik kedatangan orang dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian- bahagian lain di New Zealand. |