| STRAND, PAUL | Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar Amerika yang membantu menjadikan fotografi sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia menolak gaya mengambil foto yang kabur dan terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu akhir tahun 1800-an. | UMUM | |