PROTIS | Protis ialah nama sekumpulan organisma, yang kebanyakannya adalah organisma mikroskopik. Kumpulan ini terutamanya terdiri daripada organisma satu sel seperti diatom, protozoa dan alga tertentu. Protis membentuk Protista, satu daripada lima alam biologi organisma hidup. Alam- alam lain ialah Monera (moneran), kulat (kulat), Plantae (tumbuh-tumbuhan) dan Animalia (haiwan). | UMUM | |
MIKROBIOLOGI | Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk, protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion, viroid dan juga plasmid. | UMUM | |
RANTAIAN MAKANAN | Urutan pemindahan bahan dan tenaga daripada satu organisma kepada satu organisma lain dalam bentuk makanan. Gabungan rantaian makanan yang berlaku apabila organisma memakan lebih daripada satu jenis haiwan atau tumbuhan disebut sebagai siratan makanan (food web). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
MONERAN | Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup bersendirian atau berkumpulan yang dikenali sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah koloni boleh dilihat dengan mata kasar. | UMUM | |
KEJURUTERAAN GENETIK | Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan kepada teknik mengubah gen (bahan keturunan) atau gabungan gen dalam organisma. Sel bagi semua organisma hidupan mengandungi gen. Gen membawa maklumat kimia yang menentukan ciri-ciri organisma. Dengan mengubah gen organisma, ahli sains dapat memberikan organisma dan keturunannya sifat-sifat yang berbeza. | UMUM | |
ALGA | Alga ialah organisma ringkas yang hidup dalam laut, tasik, sungai, kolam, dan tanah lembap. Organisma tunggal daripada jenis ini dikenali sebagai alga. | UMUM | |
PARASIT | Parasit ialah organisma yang memakan dan hidup pada organisma hidup yang lain, dikenali sebagai perumah. | UMUM | |
ALAM | Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar. Semua organisma hidup tergolong dalam satu alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam lebih daripada satu alam. | UMUM | |
PARAMESIUM | Paramesium ialah organisma kecil bersel satu yang hampir tidak dapat dilihat tanpa mikroskop. Jenis organisma ini dinamakan protozoa. Paramesium hidup di kolam dan anak sungai yang mengalir perlahan. | UMUM | |
PALEONTOLOGI | Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan mineral yang mendak dari udara, ais atau air). Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih- tindih. | UMUM | |