ORKES SIMFONI MUDA | | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ORKES TALA WIJAYA | | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ORKES GEMA PESTA | ORKES GEMA PESTA, kumpulan pancaragam yang telah mengumpulkan beberapa orang penggubal lagu dan melahirkan beberapa orang penyanyi terkenal di Malaysia. Orkes ini ditubuhkan dan dipimpin oleh Zainal Abidin bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Zainal Ibrahim. | BUDAYA | Kegiatan |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |
ALFONSO SOLIANO | ALFONSO SOLIANO (1925 – 1990), pencipta dan penggubah lagu, pemimpin Orkes Radio Malaya yang pertama. | BUDAYA | Konsep |
SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |