Makmal polis ialah makmal tempat pakar  menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti  yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau  pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki  mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru  yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola  kesan darah berhampiran mayat boleh  menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.  Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,  cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis  yang besar menyelenggara makmal sendiri.  |