Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAKON

Lakon, cerita yang dipentaskan. Lakon merupakan padanan kepada istilah bahasa Inggeris, play yang juga dikenali sebagai drama atau teater.

SASTERAKonsep
DAFTAR ISTILAH MBIM

DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut.

  

 

BAHASAKarya
FUNGSI

Fungsi, satu aturan, proses atau kaedah yang menghasilkan satu padanan antara dua set unsur yang dinamakan domain dan julat (atau kodomain) dengan setiap unsur dalam domain dapat dipadankan kepada satu dan hanya satu unsur dalam julat.

MATEMATIKKonsep
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya
KAMUS PELBAGAI BAHASA

KAMUS PELBAGAI BAHASA, kamus yang mengandungi tiga bahasa atau lebih. Dengan kata lain kamus ini mempunyai kata masukan daripada satu bahasa, kemudian diberi erti, makna, padanan kata atau pengertian daripada dua atau tiga bahasa lain. Kamus jenis ini diwujudkan untuk memudahkan rujukan daripada pelbagai bahasa. Bilangan bahasa terlibat juga berbeza-beza daripada tiga kepada empat atau lima bahasa. Bahkan ada yang sampai ke jumlah lapan jenis bahasa. Kamus pelbagai bahasa biasanya mengandungi kata umum dan banyak juga kamus pelbagai bahasa yang mengandungi kata istilah untuk bidang ilmu yang tertentu.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas