ANGGOTA PALSU | Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit, atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan dapat menolong seseorang mengambil bahagian dalam kebanyakan kegiatan harian. | UMUM | |
MATA PALSU | Mata palsu dipakai oleh seseorang yang matanya telah dibuang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. | UMUM | |
PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |
SALAH NYATA CUAI | Pernyataan palsu tentang fakta yang dibuat secara cuai. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
DELUSI | Delusi ialah kepercayaan palsu. Orang yang mengalami penyakit mental biasanya menghidap delusi. Delusi yang biasa, iaitu delusi kehebatan, yang bagi orang yang menghidap keadaan ini mempunyai idea yang dibesar-besarkan tentang kepentingan mereka. | UMUM | |
PIRIT | Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap dan mengeluarkan bau busuk. | UMUM | |
PAHIT MANIS | Pahit manis ialah nama dua tumbuhan bak tumbuhan menjalar yang tidak berkaitan. Satu jenis ialah pahit manis Eropah yang juga dinamakan woody nightshade, dan jenis satu lagi ialah pahit manis Amerika, atau pahit manis palsu. Kedua-dua tumbuhan ini ialah tumbuhan memanjat yang tumbuh di kawasan yang lembap, berhutan, dan di sepanjang pagar dan di tepi jalan. | UMUM | |
MILLER, ARTHUR | Miller, Arthur (1915– 2005) ialah penulis drama Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat yang menentukan kod moral individu. Miller menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964), dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip moralnya sebagai palsu. | UMUM | |