PANCARAGAM | Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang. Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang paling utama. Namun demikian, sesetengah pancaragam mengandungi juga alat tali. | UMUM | |
PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA | PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA, pancaragam yang dianggotai oleh 'Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pancaragam yang berasal daripada Pancaragam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini ditubuhkan pada tahun 1932 atas usaha J.D. Hussey, Komandan Polis Depot. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PANCARAGAM KELULI | Pancaragam keluli ialah sekumpulan pemain muzik yang memainkan muzik tarian Hindia Barat dalam bentuk tersendiri dengan menggunakan alat genderang yang dikenali sebagai ceper keluli. | UMUM | |
PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU | PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU, pasukan pemain muzik yang terdiri daripada anggota askar Melayu. Pancaragam ini wujud pada mulanya sebagai satu Pasukan Tambur Askar Melayu yang diasaskan di Depoh Askar Melayu Port Dickson pada 1 Februari 1935. Pasukan seramai 35 orang ini dipimpin oleh Kapten Pieroe, pengarah muzik yang pertama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ZUKERMAN, PINCHAS | Zukerman, Pinchas (1948 – ) ialah pemain violin dan pemimpin pancaragam kelahiran Israel. Dia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai pemain solo dan pemimpin orkestra simfoni dan orkestra kamar. | UMUM | |
ELLINGTON, DUKE | Ellington, Duke (1899–1974) ialah penggubah muzik jaz, ketua pancaragam, dan pemain piano Amerika. Dia merupakan salah seorang yang paling terkenal dalam sejarah jaz. | UMUM | |
SOUSA, JOHN PHILIP | Sousa, John Philip (1854–1932) ialah penggubah muzik dan pemimpin pancaragam Amerika. Sousa menghasilkan banyak jenis muzik, termasuk opereta, suit orkestra, lagu, lagu berentak waltz, dan puisi simfoni. Walau bagaimanapun, dia masyhur kerana lagu berentak mac dan terkenal di seluruh dunia sebagai, “Raja Mac”. | UMUM | |
DAVIES, SIR PETER MAXWELL | Davies, Sir Peter Maxwell (1934– ), penggubah dan pemimpin pancaragam British. Gubahannya terkenal kerana mutu yang progresif dan ditulis dalam ungkapan moden yang tersendiri. | UMUM | |
DAVIS, MILES | Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan juga pemimpin pancaragam yang terkenal dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik. | UMUM | |
DAVIDSON, PHILMORE “BOOTS” | Davidson, Philmore “Boots” (1927–1993) ialah ahli muzik yang memperkenalkan tambur atau gendang keluli di United Kingdom (UK). Dia menubuhkan pancaragam keluli Casablanca, yang menjadi terkenal dengan gaya rentak kalipso. | UMUM | |