Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dir] | ڤندير

Definisi : bodoh, tolol: memang engkau sudah ~; bagaimana ~ dan gila cita-citanya; Pak P~ orang bodoh; sepandir sebodoh, setolol; kepandiran kebodohan, ketololan; kepandir-pandiran kebodoh-kebodohan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dir] | ڤندير

Definisi : tidak cekap berfikir; bodoh; tolol: Memang engkau ~. Pak ~ orang yg lurus tetapi bodoh. kepandiran keadaan atau sifat pandir; kebodohan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandir (adjektif)
Bersinonim dengan bodoh, dungu, tolol, bebal, tongong, bengap, baghal, bahlul, benak, bangang, bingung, bongok, dongok, ngong, otak udang, goblok, jahil, ahmal, lompong, pusung, palui, sementung;,
Kata Terbitan : kepandiran,

Peribahasa

Bersuluh menjemput (= minta) api.

Bermaksud :

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAK PANDIR

PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat.  Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama.  Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil.  Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya.  lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu.

SASTERATokoh
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. 

SASTERAKarya
ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO'

ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas