Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lo.so/] | ڤلوسوق

Definisi : ceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg jauh-jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lo.so/] | ڤلوسوق

Definisi : tempat yg di merata-rata letaknya; ceruk; rantau: Beliau telah menjelajah ke seluruh ~ negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelosok (kata nama)
Bersinonim dengan ceruk, penjuru, pojok, sudut, pelojok, jorong.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, SEJARAH

Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, Sejarah. Sejarah Amerika

Syarikat ialah kisah negara besar yang dibina

daripada belantara oleh penduduk yang berani dan

cintakan kebebasan. Penduduk lelaki dan wanita yang

membina negara Amerika Syarikat berasal dari

hampir segenap pelosok dunia. Mereka mewakili

pelbagai bangsa dan agama.

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
PERANG NAHAWAND

Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./

637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al-

Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al-

Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam

pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke

Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan

pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in.

Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas

mengutuskan satu pasukan tentera di bawah

pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah

ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam

Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M.

Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi

seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah.

Kemudian tentera Islam terus mara dan

membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin

pada tahun yang sama. Ia merupakan

peperangan terbesar yang dikenali sebagai era

pembukaan di Nahawand oleh orang Islam.

Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat

dikalahkan dan ini membuka laluan kepada

tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran.

Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi

melarikan diri ke Asfahan.

UMUM 

Kembali ke atas