Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.nya] | ڤناڽ

Definisi : orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.nya] | ڤناڽ

Definisi : orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARENA WATI

Arena Wati (1925– ), Sasterawan Negara

Malaysia yang kelima (1987). Selain Arena Wati,

nama penanya yang lain ialah Duta Muda, Partia dan

Haji. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul

Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi

Buyung.

UMUM 
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943)

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh

sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu

Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin

memajukan nasib orang Melayu melalui penanya

iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam

bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa

Cerpenis Melayu’ yang produktif.

UMUM 
PUNGGUKPUNGGUK (1910-1971),  penyair.  Dia lahir pada 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yasin bin Maamor.  Dia lebih dikenal dengan nama penanya Pungguk dan merupakan salah seorang perintis puisi Melayu moden di Malaysia.  Nama penanya yang lain ialah Keris Melayu, Malim Deman, Pujangga, Pensil Biru, Tanah Emas dan Pengarang.SASTERATokoh
ABDULLAH SANI RAJA KECHIL, DATUK

Abdullah Sani Raja Kechil, Datuk (1920-1983), penulis, wartawan dan ahli politik. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya Ahmad Boestamam.

SASTERATokoh
ZA'BA, TAN SRI

Za’ba, Tan Sri  (1896 –1973) ialah tokoh bahasa, kesusasteraan,

dan nasionalis Melayu. Nama sebenarnya ialah

Zainal Abidin bin Ahmad. Nama penanya ialah

Anak Melayu Jati, Patriot, dan Zai Penjelmaan.

UMUM 
DIAH HADANING

DIAH HADANING, (1940-    ) penulis Indonesia. Dia lahir pada 4 Mei 1940 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sinaryu Indiah Hadaning, dan nama penanya yang lain ialah Diha. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Pekerjaan Sosial Atas, Semarang pada tahun 1960. Selepas itu, dia bekerja di Bahagian Bimbingan dan Penyuluhan Sosial, Kanwil Departemen Sosial, Semarang (1960-1965). Dari tahun 1962 hingga tahun 1963, dia mengajar di Sekolah Tuna Netra ‘Dristarastra’ cawangan Semarang.

SASTERATokoh
LIU ZONGYUAN

Liu Zongyuan (773 M–819 M), sasterawan zaman Dinasti Tang (618 M-907 M). Nama penanya ialah Zihou.

SASTERATokoh
USMAN AWANG, Dato'

USMAN AWANG, Dato’ (1929 -     ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga.  Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.  Nama penuhnya ialah Usman bin Awang.  Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant.  Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini.  Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak.

SASTERATokoh
MUSTAFA KAMAL YASSIN

Mustapha Kamil Yassin (1925- ), penulis skrip drama.  Beliau lebih dikenali dengan nama penanya, Kala Dewata.

SASTERATokoh
KAMALUDDIN MUHAMAD

Kamaluddin Muhammad (1922-1992), penulis dan Sasterawan Negara yang pertama. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya Keris Mas.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas