Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIOBIUM

Niobium juga dikenali sebagai kolumbium ,

mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur

logam yang lembut, berwarna putih perak atau

kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud

bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam

nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan

nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang

kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga

digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu

kerana ia membolehkan neutron tembus dengan

mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin

reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar

rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan

digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau.

UMUM 

Kembali ke atas