ALBEE, EDWARD | Albee, Edward (1928– ) ialah penulis drama yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas, daripada kenyataan kepada fantasi. Albee mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui drama Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1962). Drama realistik ini berkisar tentang penelitian perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan percintaan dalam perkahwinan. | UMUM | |
GUAR KEPAH | GUAR KEPAH, tapak timbunan cangkerang sisa buangan makanan manusia zaman prasejarah. Tapak ini penting kerana merupakan tapak yang pertama dalam sejarah penelitian arkeologi Malaysia dan diterbitkan dalam majalah Transaction of the Ethnographical Society pada tahun 1860, oleh G.W. Earl. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIALEK MELAYU BACAN | DIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan ‘bahasa’ itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu. | BAHASA | Bahasa |
SYAIR SULTAN MAULANA | SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845). Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner. | SASTERA | Konsep |
UMAR KAYAM | UMAR KAYAM (1932- ), budayawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965). Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969). Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta. Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin. Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut. | SASTERA | Tokoh |