TITO, JOSIP BROZ | Tito, Josip Broz (1892–1980), menubuhkan kerajaan Komunis di Yugoslavia selepas Perang Dunia II (1939–1945) dan kemudian menjadi pemerintah negara tersebut. Pada tahun 1948, dia mengisytiharkan Yugoslavia bebas daripada penguasaan Kesatuan Soviet. Tindakan ini telah diikuti oleh China dan beberapa buah negara Komunis Eropah Timur yang lain. | UMUM | |
AMBIVALENS | Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi. Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta penguasaan dan penyerahan. | UMUM | |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj, ‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu ‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu”. | UMUM | |
LATAH | LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut. | BUDAYA | Penyakit |
ILMU HITAM | ILMU HITAM, kuasa alam dalam masyarakat Melayu tradisional. Kuasa ini digunakan untuk melakukan sesuatu yang jahat. Penguasaan ilmu ini disebarkan secara sulit. Hanya bomoh atau pawang yang mahir tentang ilmu hitam ini dianggap pakar atau orang yang berkebolehan, tetapi mereka ini dipandang rendah oleh masyarakat. | BUDAYA | Konsep |
PERJANJIAN PAHANG-BRITISH | PERJANJIAN PAHANG-BRITISH (1887), perjanjian persetiaan antara Sultan Ahmad dengan British yang ditandatangani pada 10 Oktober 1887. Dengan termeterainya perjanjian ini bermakna menandakan penguasaan British di Pahang. Pada awal tahun 1880-an, kedudukan Bendahara Wan Ahmad sebagai pemerintah Pahang mula tergugat akibat pertelingkahan yang berlaku di kalangan pembesar. Bendahara Wan Ahmad terlalu memberi kepercayaan kepada penasihat baginda dan hal ini membawa kepada kelemahan kepemimpinan politik pada masa pemerintahannya. Perselisihan di kalangan golongan pemerintah dan pembesar dari beberapa kawasan menyebabkan berlakunya perang saudara (1856-1863). Keadaan ini diambil kesempatan oleh British untuk campur tangan dalam politik negeri di Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
MEMPAWAH | MEMPAWAH, sebahagian wilayah pemerintahan Panembahan Sanggau, pemerintah di hulu Sungai kapuas Borneo. Wilayah ini tergolong dalam Alam Melayu padi abad ke-18, setelah wujudnya penguasaan Bugis di situ. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DATU ALI | DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED HUSSEIN ALATAS | SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007), ahli akademik dan pemikir intelektual. Beliau lahir pada 17 September 1928 di Bogor, Indonesia. Beliau menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajiannya di University of Amsterdam, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sosiologi dan pada tahun 1963, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari universiti yang sama. Beliau ialah anak Melayu pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Dari segi penguasaan bahasa, selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Belanda dan Sunda, beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Jerman. | BUDAYA | Tokoh |